Saturday, 8 October 2011

RINTIHAN HATI~

Jutaan kemaafan ku pohon pada insan yang bergelar lelaki..bukan maksudku untuk membenci ataupun mengeji..tetapi dek kerana keterlukaan aku dulu membuatkan aku semakin tidak mempercayai lelaki.
wahai lelaki...
mengapa kau yang memgakhiri ikatan yang kau mulakan??
mengapa kau hancuri hati yang kau bahagiakan??
mengapa kau sakiti hati yang kau gembirakan??
mengapa kau kuburkan harapan untuk menuju kebahagiaan??
bahagiakah dikau atas penderitaan yg berlaku ini ?,gembirakah dikau atas keterlukaan yang kau beri??teganya kau memperlakukan sebegini?? pada hati yang telah dikau miliki satu ketika dulu..kini ku sedari rasa ini tidak mungkin wujud dalam kisah kita?? kisah yang penuh kedukaan..bersulam kekecewaan..
wahai lelaki...
betapa bersyukurnya aku atas kurniaan ini..menyintaimu walau untuk seketika..namun seabad masih kuterasa
kenangan menyemai cinta bersamamu akan ku abadikan jauh di lipatan kenanganku..walau jasad jauh terpisah..tapi untuk melupakanmu tidak sekali..biar nafasku terhenti..di sudut hati ini...aku masih menyintai..
wahai lelaki...
ku kenal dirimu..bererti ku kenal makna rindu..
rindu yang memebuatku diawang-awangan
membawa aku kedunia kealpaan
wahai lelaki....
ku kenal dirimu..bererti ku kenal makna cinta...
cinta yang membuatku dibuai keasyikan..membawa aku kedunia angan-angan
wahai lelaki....
ku kenal dirimu...bererti ku kena makna duka & lara
duka yang menyakitkan..lara yang memeritkan..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home